Skip to content Skip to footer

Ini Kisah Bagaimana Tercetusnya Idea Untuk Tampil Dengan popkidspool

Cuaca panas dan terik sememangnya tidak asing di Malaysia. Hampir sepanjang tahun, Malaysia melalui musim panas yang terik dan bahang sehingga boleh menyebabkan strok haba. Jadi, tidak hairanlah jika rakyat Malaysia suka mengunjungi tempat mandian seperti sungai, laut dan taman tema air.

Air yang sejuk di kulit dapat menghilangkan bahang di badan dan menenangkan minda. Namun begitu, bukan senang ingin ke tempat mandian atas pelbagai sebab. Dari situlah wujudnya popkidspool demi menyelesaikan dilema ramai.

Apa sebenarnya popkidspool ini? 

popkidspool merupakan sebuah bisnes yang menawarkan servis pool rental dan ready stock pool kepada mereka yang ingin mandi kolam di rumah. Terutamanya untuk ibu bapa yang ingin membawa anak-anak keluar mandi tetapi tidak dapat berkunjung ke tempat mandian.

Datangnya ilham untuk menamakan popkidspool ini ialah daripada ‘PKP’ (Perintah Kawalan Pergerakan) kerana pada ketika itulah bisnes ini bermula. 

Nur Nadirah, Founder kepada popkidspool, memulakan bisnes ini apabila beliau mendapati anak-anaknya kebosanan di rumah disebabkan larangan yang ditetapkan kerajaan ketika PKP. Demi menggembirakan anaknya, beliau mula mencari aktiviti menarik yang sesuai dilakukan di kawasan rumah.

“Dia sering mandi baldi di luar rumah ketika itu, jadi saya memutuskan untuk mencarikannya kolam renang,” katanya.

Ketika misi pencarian kolam renang untuk anaknya, Nur Nadirah menjumpai 10 stok ekstra. Memikirkan cabaran yang dihadapi ibu bapa lain dalam menggembirakan anak-anak dan kebuntuan mereka menghadapi situasi berkenaan, beliau memutuskan untuk membeli kesemua 10 stok ekstra kolam renang itu lalu memberikannya kepada keluarga lain. 

“Saya yakin di luar sana ada ramai ibu bapa yang macam saya, buntu dan tak tahu nak buat apa untuk anak-anak di rumah.

 “Saya juga rasa produk ini boleh membina hubungan akrab antara ibu bapa dan anak-anak,” sambungnya lagi.

Nur Nadirah percaya kejayaan popkidspool dipengaruhi oleh servis unik yang ditawarkan. Keistimewaan popkidspool adalah variasi kolam renang yang dijual.

Pelbagai jenis kolam renang dijual dalam pelbagai saiz untuk pelbagai lapisan umur. Kecil hingga dewasa, tiada yang terkecuali di popkidspool. 

Menurut beliau, terdapat lebih 50 rekaan kolam renang dengan pelbagai saiz yang boleh dipilih. Bukan itu sahaja, popkidspool juga menawarkan kolam renang dengan rekaan unik dan istimewa milik syarikat itu sendiri.

Kolam renang dengan gelongsor, kolam renang dengan air pancut, malah, kolam renang bertemakan kartun kegemaran anak-anak juga ada ditawarkan.

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga tidak perlu risau tentang pemasangan kerana team popkidspool akan menyediakan servis lengkap penghantaran, pemasangan dan pengemasan kembali kolam renang. Mereka hanya perlu have fun je.

Bercerita lanjut, sebelum bermulanya bisnes popkidspool, Nur Nadirah ialah seorang guru pendidikan khas. Beliau kemudian terpaksa meletakkan jawatan atas faktor kesihatan yang tidak dapat dielakkan.

Sejak itu, beliau telah menceburi pelbagai bidang perniagaan termasuk menjual beg, produk penjagaan kulit dan akhirnya popkidspool. 

Melihatkan kejayaan popkidspool, Nur Nadirah telah membuat pelbagai perancangan yang diharap dapat memenuhi kehendak para pelanggan di masa hadapan.

“Saya harap popkidspool dapat keluarkan lebih banyak produk supaya semua orang boleh have fun di rumah je dan pada masa yang sama, dapat menaikkan nama popkidspool sehingga dikenali seluruh Malaysia.”

Leave a comment

We Take Fun
Seriously

Address

No 22A, Jln Eco Perindustrian 1/3B, Eco Perindustrian 5, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

Newsletter

Popkidspool © 2024. All Rights Reserved.

This is our prices for rental 24hours and delivery charges:
10km dan kebawah ( free delivery ) 10km - 20km Rm70 21km - 40km Rm100 41km - 60km Rm150 61km - 80km Rm200