Skip to content Skip to footer

7 Tips Rancang Sambutan Hari Jadi Anak Di Rumah

Hari jadi anak anda bakal tiba tak lama lagi? Anda merancang untuk membuat sambutan hari jadi untuk si manja? Teruskan membaca kerana dalam artikel ini, kami akan kongsikan 7 tips dalam merancang sambutan hari jadi anak di rumah bagi memudahkan kerja anda.

Ini 7 tips untuk rancang sambutan hari jadi anak di rumah

1. Jumlah undangan

Persoalan yang penting semasa anda merancang sambutan hari jadi anak di rumah adalah siapa yang perlu anda undang. Buat satu senarai tetamu yang bakal diundang. Dengan ini, anda boleh dapatkan jumlah tetamu yang akan datang ke majlis nanti.

Mungkin anda ingin menjemput kawan baik anda. Tapi berapa ramai satu keluarga? Mungkin 3 orang? Atau mungkin 4 orang? Semua ini perlu diambil kira.

2. Buat kira-kira

Sebaik sahaja mendapat anggaran jumlah tetamu yang bakal datang ke majlis, anda bolehlah mula buat kira-kira. Siapkan bajet untuk semua persiapan supaya anda tidak membazir.

3. Pilih waktu dan hari yang sesuai

Majlis hari jadi anak anda mungkin tidak dapat disambut betul-betul pada tarikh lahirnya. Jika anda mahukan lebih ramai tetamu hadir, anda mungkin boleh pilih hari minggu kerana majoritinya tidak bekerja pada waktu itu.

Pada masa yang sama, anda perlu pilih masa yang bersesuaian. Sekiranya anak anda masih kecil, elakkan sambut pada waktu malam kerana si manja mungkin akan meragam.

4. Pilih tema dan warna majlis

Perkara yang perlu diambil kira seterusnya adalah tema dan warna majlis. Warna yang selalu digunakan adalah putih, merah jambu (anak perempuan) atau biru (anak lelaki).

Pemilihan tema pula bergantung kepada minat anak anda. Mungkin anda boleh tanya apa yang mereka mahukan supaya mereka lebih teruja untuk majlis ini. Mungkin tema Frozen, Spiderman atau mungkin Barbie?

5. Pilih aktiviti, dekorasi dan hiasan

Seterusnya, masa untuk memilih aktiviti, dekorasi dan hiasan. Anda mungkin boleh adakan beberapa aktiviti yang menyeronokkan seperti mandi kolam, main perang belon dan sebagainya.

Untuk pengetahuan semua pembaca, popkidspool ada menawarkan pelbagai rekaan kolam yang menarik yang datang dalam macam-macam saiz.

Dengan adanya kolam dari popkidspool, ia pasti akan membuatkan sambutan hari jadi anak anda lain daripada yang lain dan akan diingati sampai bila-bila.

6. Tentukan makanan dan kek

Bukan majlis sambutan hari jadi namanya kalau tak ada kek, betul tak? Anda boleh pesan kek yang bersesuaian dengan tema yang dipilih.

Pada masa yang sama, anda perlu pertimbangkan jumlah tetamu sebelum membeli makanan dan memilih saiz kek. Kalau boleh, biarlah semua dapat rasa.

7. Baju istimewa untuk anak

Memandangkan ini merupakan hari istimewa buat anak anda, baju pun kenalah istimewa juga. Mungkin anda boleh belikan pakaian yang selari dengan tema yang dipilih.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua!

Leave a comment

We Take Fun
Seriously

Address

No 22A, Jln Eco Perindustrian 1/3B, Eco Perindustrian 5, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

Newsletter

Popkidspool © 2024. All Rights Reserved.

This is our prices for rental 24hours and delivery charges:
10km dan kebawah ( free delivery ) 10km - 20km Rm70 21km - 40km Rm100 41km - 60km Rm150 61km - 80km Rm200