Skip to content Skip to footer

7 Aktiviti Fun Yang Anda Boleh Lakukan Bersama Keluarga Di Rumah

Duduk di rumah tak bermakna anda hanya mampu bergoyang kaki sahaja. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga di rumah. Dari aktiviti yang lasak hingga aktiviti yang mencabar minda serta aktiviti yang menenangkan.

Tak perlu habiskan duit banyak buat beli permainan kerana anda juga boleh berseronok dengan keluarga dengan memanfaatkan aktiviti harian anda. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 7 aktiviti fun yang anda boleh lakukan bersama keluarga di rumah.

Ini 7 aktiviti fun yang anda boleh lakukan bersama keluarga di rumah

1. Memasak

Tak dinafikan, memasak adalah antara aktiviti harian yang selalu dilakukan di rumah. Kebiasaannya, hanya ibu dan bapa sahaja yang memasak untuk keluarga. Oleh itu, ibu bapa boleh mengajak anak-anak membantu mereka memasak di dapur.

Mulakan aktiviti memasak bersama anak-anak dengan memasak makanan kegemaran mereka. Jika anak-anak sukakan biskut, ibu bapa boleh membakar biskut beraneka bentuk dengan mereka. Jangan lupa untuk pastikan alatan berbahaya dijauhkan daripada mereka.

2. Piknik di laman

Jika anda dan keluarga rindukan suasana berpiknik di luar seperti tasik dan pantai, cubalah piknik di rumah pula. Sediakan tikar, khemah, makanan dan minuman piknik dan hidangkan semuanya di rumah.

Walaupun suasana sedikit berbeza berbanding piknik biasa, anda masih boleh mendapatkan pengalaman piknik bersama keluarga

Bentangkan tikar di halaman rumah anda, hidangkan hidangan piknik seperti sandwic, pizza dan karipap. Bawa juga snek seperti coklat, pastri dan biskut. Jangan lupa minimum seperti teh atau jus. Anda boleh sediakan sebarang hidangan yang anda suka. Tiada peraturan yang perlu diikuti apabila berpiknik dengan keluarga.

3. Board games

Apabila sebut tentang aktiviti menarik yang boleh dilakukan di rumah, anda pasti akan terfikirkan board games.

Pelbagai jenis board games yang boleh dimain bersama keluarga. Antaranya termasuklah Saidina, Monopoly, catur, dam ular dan pelbagai pilihan lain. Anda juga boleh mengubah suai peraturan mengikut citarasa masing-masing.

4. Bermain kolam air popkidspool

Bawa taman tema air terus ke rumah anda dengan popkidspool. Di popkidspool, kami ada lebih daripada 50 rekaan inflatable pool menarik untuk anda pilih. Menariknya, terdapat pelbagai saiz yang bukan sahaja sesuai untuk anak-anak tetapi juga ibu bapa.

Anda boleh pilih sama ada untuk beli atau sewa. Sekiranya anda memilih untuk sewa, anda tidak perlu risau tentang pemasangan kerana staf kami akan buat semuanya. Anda hanya perlu fikir tentang have fun sahaja.

5. Kraf

Kraf merupakan salah satu aktiviti popular yang boleh dilakukan di rumah kerana ia boleh meningkatkan kreativiti dan kemahiran motor anak-anak.

Tulis kad ucapan, mewarna dan menconteng ialah antara aktiviti kraf yang paling mudah dilakukan. Terdapat juga origami dan mengait yang lebih rumit caranya, dan pelbagai lagi aktiviti kraf yang lain.

6. Berkebun

Berkebun bersama keluarga bukan sahaja mengeratkan hubungan, malahan ia mengajar anak-anak nilai tanggungjawab dan kemahiran berkebun.

Anda boleh tanam apa-apa sahaja di rumah anda seperti pokok bunga dan kaktus serta tumbuhan herba seperti mint dan parsley. Bagi yang tidak mahir bercucuk tanam, anda boleh lakukan aktiviti ini dengan menanam taugeh.

Jika anda tinggal di apartmen atau rumah yang tiada tanah, anda boleh gunakan kaedah hidroponik yang hanya memerlukan air.

7. Cari harta karun

Kanak-kanak penuh dengan sifat ingin tahu. Mereka terutamanya akan berasa teruja apabila terlibat dengan aktiviti yang membenarkan mereka menerokai sesuatu tempat. Oleh itu, cari harta karun merupakan aktiviti yang sesuai dilakukan bersama mereka.

Anda boleh sembunyikan harta karun di suatu tempat dan lukis peta untuk ke tempat persembunyiannya. Mereka pasti akan seronok meneroka rumah untuk mencari harta karun. Malahan, anda juga boleh membantu mereka dengan memberikan petunjuk setiap kali mereka keliru.

Kesimpulan

Aktiviti-aktiviti yang telah disenaraikan di atas boleh dilakukan bila-bila masa anda ingin meluangkan masa bersama keluarga. Yang paling penting, hubungan kekeluargaan anda kukuh dan bahagia.

Leave a comment

We Take Fun
Seriously

Address

No 22A, Jln Eco Perindustrian 1/3B, Eco Perindustrian 5, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

Newsletter

Popkidspool © 2024. All Rights Reserved.

This is our prices for rental 24hours and delivery charges:
10km dan kebawah ( free delivery ) 10km - 20km Rm70 21km - 40km Rm100 41km - 60km Rm150 61km - 80km Rm200