Sekiranya anak anda mengalami perasaan fobia terhadap air, percayalah bahawa anda tidak keseorangan. Ramai ibu bapa lain di luar sana turut mengalami situasi yang sama.
Mungkin anda tidak tahu apa perkara yang menjadi punca atau pencetus ketakutan itu. Ada banyak faktor ia berlaku. Mungkin anak anda pernah melihat anak patung atau mainan kesayangannya tenggelam ke dasar kolam atau melihat individu lain terjun ke dalam kolam.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara untuk mengatasi fobia air dalam diri anak-anak.
Ini cara atasi anak fobia air
1. Jangan paksa mereka

Pertama sekali, pastikan anak anda tahu bahawa perasaan fobia terhadap air adalah satu perkara yang normal. Jangan sesekali paksa mereka. Sebaliknya, biar mereka cuba membiasakan diri secara perlahan-lahan.
Sesetengah anak kecil mungkin memerlukan masa untuk berasa yakin dan selesa bermain dengan air.
2. Sediakan peralatan lengkap dan menyeronokkan

Cara yang paling berkesan untuk atasi fobia air yang ada pada diri anak anda adalah dengan menyediakan peralatan lengkap dan menyeronokkan buat mereka.
Di popkidspool, kami ada menawarkan pelbagai design kolam menarik yang pasti akan buat anak-anak teruja dan tidak sabar untuk bermain air. Pada masa yang sama, anda juga boleh sediakan peralatan lengkap seperti pelampung dengan warna kegemaran mereka.
3. Sertai mereka

Selain itu, anda juga boleh sertai anak-anak bermain air di dalam kolam bagi mengurangkan rasa fobia air dalam diri mereka. Secara tidak langsung, anak anda mungkin akan berasa lebih yakin apabila anda berada di sisi.
Mereka mungkin takut untuk mandi secara bersendirian. Apabila anda sertai mereka, sekurang-kurangnya mereka anda berasa selamat di dalam air walau di mana pun dia berada.
Menariknya, di popkidspool, kami bukan sahaja menawarkan kolam untuk kanak-kanak tetapi saiznya turut boleh menampung orang dewasa. Jadi, tiada masalah untuk anda sertai anak-anak mandi kolam.
4. Lontarkan pujian kepada mereka

Di samping itu, apa yang anda boleh lakukan bagi mengatasi fobia air pada anak anda adalah dengan melontarkan pujian terhadap mereka. Jangan kedekut untuk memberikan pujian setiap kali mereka melakukan sesuatu dengan yakin.
Walau sekecil-kecil perkara sekalipun, berikan pujian kepada mereka sebagai tanda sokongan.
5. Komunikasi

Akhir sekali, jangan lupa untuk berkomunikasi dengan anak anda berkenaan fobia mereka terhadap air. Sebagai ibu bapa, anda perlu cuba untuk faham punca yang menyebabkan wujudnya ketakutan terhadap air dalam diri si manja.
Sekiranya anda mengetahui apa yang sedang mereka lalui, mungkin lebih mudah untuk anda membantu mengatasi ketakutan tersebut dan membuatkan anak berasa lebih selesa bermain dengan air.
Kesimpulan
Apa pun, sebagai ibu bapa, anda perlu memahami bahawa ketakutan yang dialami oleh anak anda bukanlah sesuatu yang dibuat-buat. Jadi, elakkan memarahi dan memaksa mereka untuk melupakan rasa takut itu.
Ia mungkin memerlukan sedikit kesabaran tetapi percayalah, dengan kesabaran itu, anak anda pasti akan berjaya atasi rasa fobia tersebut.
Apa yang penting, jangan sesekali merendah-rendahkan atau mengejek rasa takut yang dialami si manja.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua!