Sebut sahaja tentang sambutan hari jadi, insan yang paling gembira sudah tentunya kanak-kanak. Mana tidaknya, inilah masa untuk mereka menjemput kesemua rakan-rakan bagi meraikan majlis tersebut.
Namun begitu, persiapan sambutan hari jadi atau birthday party ini bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu difikirkan, lebih-lebih lagi jika anda baru kali pertama melakukan majlis ini.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 5 perkara yang boleh memeriahkan lagi birthday party anak anda.
Ini 5 perkara yang boleh memeriahkan lagi birthday party anak anda
1. Tema
Tema memainkan peranan yang sangat penting dalam sesuatu majlis kerana ia akan menyerikan lagi sambutan hari lahir yang bakal diadakan. Selalunya, tema dipilih mengikut pada minat anak terhadap sesuatu perkara atau karakter. Sebagai contoh, Frozen, Spiderman, Barbie dan banyak lagi.
Pemilihan tema mengikut minat si manja akan membuatkan mereka gembira sepanjang majlis berlangsung.
Majlis juga akan jadi lagi meriah sekiranya anda sekeluarga bersama tetamu menggayakan kostum mengikut tema yang telah ditentukan. Nanti gambar confirm akan nampak kemas dan cantik.
2. Goodies bag
Sekiranya anda mempunyai bajet yang mencukupi, anda boleh memberi goodies bag kepada para tetamu yang datang sebagai tanda terima kasih kerana memeriahkan lagi majlis sambutan hari jadi anak anda.
Goodies bag ini juga akan membuatkan kanak-kanak yang datang pulang dengan gembira. Mereka pasti tidak akan lepaskan peluang untuk hadir ke majlis anda lagi pada masa yang akan datang.
3. Kolam dari popkidspool
Bayangkan ada taman teman air semasa sambutan hari jadi anak anda. Ya, popkidspool boleh bawa taman tema air terus ke rumah anda!
popkidspool ada menawarkan pelbagai rekaan kolam yang menarik yang datang dalam macam-macam saiz. Anda boleh pilih sama ada untuk beli atau sewa. Yang menariknya, anda tak perlu risau tentang pemasangan jika anda memilih untuk sewa kerana semuanya akan diuruskan oleh pihak popkidspool.
Dengan adanya kolam dari popkidspool, ia pasti akan membuatkan sambutan hari jadi anak anda lain daripada yang lain dan akan diingati sampai bila-bila.
4. Maskot
Seterusnya, anda boleh mendapatkan servis maskot untuk memeriahkan lagi sambutan hari jadi anak anda. Dengan adanya maskot pada hari tersebut, pasti akan jadi lebih fun! Kanak-kanak yang datang pun mesti akan jadi lagi teruja melihatkan maskot-maskot ini.
Selain itu, kehadiran maskot juga akan membuatkan gambar dan video kelihatan lebih menarik dan berwarna-warni.
5. Clown
Satu lagi cara untuk memeriahkan lagi sambutan hari jadi anak anda adalah dengan mendapatkan servis clown atau badut. Kehadirannya pasti akan membuatkan anak anda dan para tetamu tertawa gembira.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua!