Skip to content Skip to footer

5 Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Lakukan Dengan popkidspool

Rasa seronok apabila dapat bermain air di rumah. Mandi-manda bersama keluarga pasti akan membuatkan anak-anak gembira dan riang-ria penuh tawa. Mana taknya, aktiviti mandian merupakan  aktiviti kegemaran ramai. 

Akan tetapi, setakat bermandi-manda kurang fun dan boleh cepat mendatangkan perasaan bosan. Oleh itu, dalam artikel ini, kami akan kongsikan 5 aktiviti menarik yang anda boleh lakukan dengan popkidspool. 

Ini 5 aktiviti menarik yang anda boleh lakukan dengan popkidspool

1. Perang belon air

Perang belon air merupakan salah satu aktiviti air yang popular kerana ia mudah dan seronok dimain berkumpulan. Sememangnya aktiviti yang sesuai dengan popkidspool.

Perang belon air memerlukan anda menyediakan belon dalam kuantiti yang banyak. Hanya isi air di dalam belon, ikat dengan ketat dan mulakan perang belon air bersama keluarga tersayang.

Mungkin anda boleh buatnya sebagai pertandingan kecil di mana pemenang akan mendapat hadiah seusai permainan.

2. Main pistol air

Pistol air ialah satu permainan yang fizikal kerana ia melibatkan pergerakan yang banyak. Berkejaran di sana sini, pistol air sememangnya aktiviti yang popular ketika mandi kolam. 

Tak perlu risau kehabisan peluru air sebab anda boleh terus mengisi semula pistol air yang kosong dengan air dalam kolam popkidspool.

3. Main gelongsor air

Salah satu ciri menarik kolam dari popkidspool ini ialah gelongsor yang didatangi sekali dengan kolam.

Kebiasaannya anda perlu ke taman tema air untuk mendapat peluang bermain gelongsor air. Namun begitu, dengan popkidspool, kami bawa gelongsor air terus ke rumah anda.

Bukan itu sahaja, malah popkidspool ada menawarkan kolam dengan gelongsor air yang boleh menampung berat dewasa. Ini bermakna, ibu bapa atau anak-anak remaja dan sudah dewasa juga boleh bermain gelongsor di rumah.

4. Sprinkler

Jika anda suka bermain hujan dan air pancut, anda pasti akan sukakan sprinkler. 

Sprinkler merupakan satu idea yang bagus untuk ditambahkan ke kolam anda kerana ia mempunyai kelebihan tersendiri seperti meningkatkan sensory experience kanak-kanak.

Jika anda tiada sprinkler di rumah, anda boleh mereka sendiri sprinkler dengan menggunakan botol plastik dan getah paip. Atau pun, anda boleh dapatkan sprinkler pad dari popkidspool jika berminat dengan aktiviti ini.

5. Duck duck splash

Satu lagi aktiviti fizikal yang melibatkan larian. 

Para pemain dikehendaki duduk dalam satu bulatan. Seorang pemain yang dipanggil ‘it’ akan mengelilingi bulatan dan simbah air ke atas pemain pilihannya. Pemain terpilih kemudian hendaklah pengejar ‘it’sebelum dia berjaya duduk di tempatnya. 

Aktiviti ini bagus kerana ia melatih kanak-kanak untuk sentiasa peka. Ia juga melatih reaction time kanak-kanak di samping menjadi aktiviti yang merapatkan hubungan keluarga. 

Kesimpulan

Ada pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan dengan popkidspool. Gunakan kreativiti anda untuk memaksimakan keseronokan anda. Yang paling penting, have fun kat rumah je!

Leave a comment

We Take Fun
Seriously

Address

No 22A, Jln Eco Perindustrian 1/3B, Eco Perindustrian 5, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

Newsletter

Popkidspool © 2024. All Rights Reserved.

This is our prices for rental 24hours and delivery charges:
10km dan kebawah ( free delivery ) 10km - 20km Rm70 21km - 40km Rm100 41km - 60km Rm150 61km - 80km Rm200